Wednesday, January 28, 2009

Selamat Pergi dan Kembali

Kerinduan yang satu itu menjengah lagi bersama deraian airmata dan sebak di dada. Sungguh rindu itu menyeksakan tetapi rasanya manis dan indah. Ingin sekali duduk bersimpuh di hadapan Baginda, meletakkan pipi yang hina di ribaan Baginda dan mengadukan segala yang terpendam di jiwa. Tapi mana mungkin diri yang berdosa ini layak melainkan dengan rahmat dan belas kasihan Allah Yang Maha Baik jua. Justeru hati ini terus-terusan mengharapkan keampunan dan perhatianNya Allah dan kasihnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam.

Selamat pergi dan kembali buat tetamu-tetamu Allah dan juga tetamu Baginda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam. Sesungguhnya kehadiran kalian ditunggu-tunggu oleh Baginda Nabi lalu alfaqirah kirimkan salam bahagia buat kalian yang disambut dengan senyuman Baginda, dengan jawapan salam yang sempurna bersama doa kesejahteraan daripada Kekasih Allah yang mulia. Selamat pergi dan kembali buat:

  1. Pcik Khairul Anwar
  2. Adik Rabi'atul Aribah dan
  3. seluruh keluarga dan rombongan

Allahumma sholli wasallem wa baarik 'alaihi wa 'ala aaleh

3 comments:

  1. Assalamualaikum. Syukran ukhti kerana telah linkkan blog saya ke blog ukhti ini. Sebuah permulaan blog yg bagus. Teruskan.

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam warahmatuLlah...

    buat M.A.Uswah

    syukran juga tuan atas blog yang sangat bermanfaat buat para peminatnya. sahabat-sahabat dijemput ziarah ke blog beliau untuk cuba mengenali zuriat keturunan Rasulullah sallallahu 'alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam (^_^)

    ReplyDelete
  3. salam ziarah...

    subhanaAllah..blog yg sgt manfaat..
    teruskan thabat dan istiqomah..

    salam perjuagan..

    jemput ke blog ana yer...

    ReplyDelete