Monday, October 31, 2011
..dari Kuala Lumpur ke Jakarta..
Masih ku ingat tanggal Rabi’ulawwal 2 tahun lalu. Mula perjalanan ke Jakarta ku tempuh dengan hati penuh luka. Serasa sakit yang aku rasakan tak bakalan sembuh sampai kapan pun. Sebak di hati ku pendam. Ku pujuk mataku, “tahanlah airmatamu, bukankah engkau telah mewakafkan ia untuk hanya menangisi Habibmu..?”
Suhbah itu
Ketika kami sampai di bandara (lapangan terbang) Jakarta, kami sedia ditunggu sama muridnya Habibna Munzir alMusawa. Perjalanan kami ke baytnya Habib menyaksikan jalan raya penuh sesak dengan kenderaan bermotor. Mata kami liar memerhatikan papan-papan iklan besar, promo majlis Mawlid Akbar bersama alHabib Munzir alMusawa tanggal 12 Rabi’ulawwal 1430H! Kami sampai di Cidodol dengan melihat jamaah yang ramai. Lalu kami dibawa berjalan di sebalik kain putih yang direntangkan di sepanjang jalan kecil menuju ke rumah alHabib Munzir agar kami seupaya mungkin akan terlindungkan daripada pandangan rejal, Allahu Allah.. Satu perasaan yang luar biasa hamba rasakan. Belum pernah hamba hadiri himpunan ramai dengan susunan dan penjagaan yang demikian. Dengan senyuman haru, hati berkata, “Mungkin ini berkah didikan Tarem kali ya..?”. Masuk ke baytnya Habib, kami disambut dengan ramah, langsung kami dihidangankan dengan kalam alHabib Munzir yang selama ini banyak kami dengar lewat internet. Sekarang ternyata, Allah bagikan kami rezeki untuk duduk dengan ruh dan jasad di dalam majlisnya beliau, lebih lagi di dalam rumah beliau sendiri, Alhamdulillah. Airmata bercucuran lagi. Seiring mata pena laju mencatatkan kalam Habib yang penuh cinta.
Selesai makan malam di rumah Habib, kami dibawa untuk bermalam di rumah Habib Muhsin alHamid. Tidak pernah kami bayangkan kami akan dimuliakan sedemikian rupa dengan dibagi menginap di bilik yang menjadi penginapan Guru Mulia alHabib Umar bin Hafidh kalau beliau berada di Jakarta, Allahu Allah! Ada beberapa ketika hamba diburu rasa bimbang, kalau-kalau melanggar adab dengan mereka-mereka yang pernah menjadi tamunya rumah tersebut. Perhatikanlah, sebuah tempat pembaringan saja boleh menjadi demikian mulia apabila ianya pernah disentuh orang-orang yang mulia. Malam pertama hamba di sana, sempat hadir bayangan Mawlid Akbar yang akan kami hadiri keesokan harinya bersama ratusan ribu ummat demi meraikan hari kelahiran Nabi Agung, Kekasih Allah yang bernama Muhammad shollallahu ‘alayhi wa aalih wa shohbih wa sallam. Mudah-mudahan Baginda akan ikut hadir..
MONAS
Paginya, dengan masih keliru perbezaan waktu antara Malaysia dan Jakarta, usai solat subuh dan menikmati berpagi-pagi di sana, kami bersiap-siap. Naik satu kereta dengan zaujah dan umminya alHabib Munzir ke Monumen Nasional - Monas. Menurut kalian, apa yang hamba perhatikan..? Itulah permandangan yang sungguh membahagiakan! Melihat orang ramai memenuhi segenap penjuru jalan menuju ke majlis Mawlid Akbar! Di antara mereka ada yang menaiki bas, mobil, menggunakan speda motor hatta berjalan kaki. Yang walaupun hamba seorang Malisiy, hamba ikut bangga melihat pemuda-pemuda Indonesia dengan jaket Majelis Rasulullah beramai-ramai naik motor, membawa panji Majelis Rasulullah. Pastinya Rasulullah membanggakan kalian dihadapan para malaikat Allah terutama teman Baginda, Sayyiduna Jibril a.s, “Persaksikanlah wahai Jibril, ummatku mendatangi majlisKu, mereka memenuhi jemputanKu, mereka hadir demi meraikan kelahiranKu dan Aku lah nanti yang akan memenuhi hajat-hajat mereka di dunia dan di akhirat”.
Hamba melihat dengan haru, bagaimana para pemudi Indonesia menta’dzimkan zuriyyatnya Rasulullah shollallahu ‘alayhi wa aalih wa shohbih wa sallam hingga kami yang hanya menjadi tamunya Hubabah alJunaid turut disambut hangat. Sepatu kami diangkat dan dijaga sepertinya kami ini tamu mulia, Allah.. Dengan terik matahari di kepala, perih dan keringat bercampur dengan airmata, mawlid berlangsung dengan penuh mahabbah. Sejenak hamba berpaling sekeliling, memandang wajah para sayyidat dan muhibbat Rasul yang turut hadir. Ta’dzim hamba dari hati yang paling dalam buat kalian. Maafkan hamba atas khilaf adabnya, duduk dihadapan kalian. Seharusnya hamba yang menjadi penjaga sandal kalian. “Hadirlah wahai Nabi yang kepadaMu kembali segala kebaikan.. Pandanglah kepada kami dengan berkah mereka..”.
Dalam jumlah lebih 1 juta rakyat Indonesia yang hadir, hamba melihat permandangan yang sulit untuk hamba temukan di Malaysia. Ada orang-orang tua yang membawa anak mereka yang rejal mendatangi putera-putera Habibna Munzir, sidi Muhammad dan sidi Hasan alMusawa yang masih kecil untuk dicium tangan-tangan mungil mereka demi mendapatkan berkah mencium tangan cucu Rasulullah shollallahu ‘alayhi wa aalih wa shohbih wa sallam. Terus bagaimana hati hamba tidak menangis? Ternyata di Indonesia masih ramai yang mengenal kedudukan keluarga Rasulullah shollallahu ‘alayhi wa aalih wa shohbih wa sallam dan hamba ingin terus belajar daripada adab dan akhlaqnya mereka. Sungguh kalian istimewa dan kami orang Malaysia mencemburui kalian!
Zuhur kami sudah berada di rumah Habib Munzir dan kemudiannya kami kembali ke baytnya Habib Muhsin. Sebelumnya kami sudah dibagi khabar yang petang nanti kami dijemput hadir ke majlis mawlid lagi, tapi kali ini khusus akhawat dan Hubabah alJunaid yang akan mengisi InsyaAllah! Bahagianya melalui hari-hari di Jakarta dengan mawlidan terus Alhamdulillah! Jakarta ternyata hidup dengan majlis mawlid terutama sepanjang sebulan Rabi’ulawwal! Mungkin kerna itu para habaib selalu senang mendatangi Indonesia. Cuma kali ini kecemburuan hamba berbeza! Justeru dengan berkah kalian kami ikut merasakan tempias berkahnya Alhamdulillah..
Majlis As-Shofa fi bayt Hubabah asSeggaf
Sejak hamba di Malaysia, hamba pernah mendengar nama-nama Sayyidat Indonesia yang pernah belajar di Tarem seperti Hubabah Amiroh Jindan dan yang lainnya. Di luar rencana kami, Allah yang Maha Baik lagi Sebaik-baik Perencana telah mengumpulkan kami di dalam majlisnya mereka bersama ribuan akhawat Alhamdulillah! Ternyata majlis mawlid di rumah Hubabah Fathimah asSeggaf mengumpulkan sekian banyak Sayyidat min Dar Zahra’! Masih hamba ingat wajah kaget (terkejut) Hubabah Nur Alina alMunawwar saat terlihatkan kami hadir. Demikian juga Hubabah Halimah alAydrus, dan Kak Nadia teman kami dari Singapura. Indonesia sekali lagi menjadi bumi bertuah dengan keberadaan figur-figur Sayyidat yang MasyaAllah! Kesyukuran yang tiada habis atas perkumpulan barokah ini ya Allah!! Sekali lagi dengan berkah Shohibul Mawlid, Baginda Nabi shollallahu ‘alayhi wa aalih wa shohbih wa sallam.
di Kamar itu
Di kamar itu hamba pernah duduk bersendiri bersama Hubabah khusus menadah Aqidatul ‘Awam. Yang walaupun Aqidatul ‘Awam hanya menyebutkan pokok perihal agama, huraian Hubabah banyak yang asing daripada pengetahuan alfagerah. Ternyata ahl tarem sangat ‘arif seerah dan Hubabah tidak terkecuali! Tidak terasa masa berlangsung hingga huraian Aqidatul ‘Awam yang beberapa helaian itu selesai seluruhnya. Hubabah kemudiannya memanggil putera puteri beliau untuk memperdengarkan bait-bait Aqidatul ‘Awam yang telah mereka hafal di benak mereka dalam bentuk qaseedah MasyaAllah! Begini rupanya yang guru hamba sebutkan, “Ibu-ibu di tarem itu mendendangkan kalam-kalam ilmu kepada anak-anak mereka sejak kecil, bukan kisah-kisah dongengan yang orang banyak praktikkan”. Apa yang engkau rasakan wahai diri? Itulah halnya dirimu yang tak punya nilai apa pun. Cuma hamba mengharapkan salah satu daripada kunci keselamatan buat diri iaitu dengan menyintai mereka! Mudah-mudahan engkau nanti akan dikumpulkan bersama mereka insyaAllah! Begitu pesan guru hamba. Bhebbak Hubabah!
Luka itu
Hamba kembali ke Malaysia dengan berat hati. Sungguh hamba telah merasakan suhbah yang sangat indah selama 5 hari 4 malam di sana. Tika di dalam pesawat menuju Kuala Lumpur kalian tau apa yang tidak hamba temukan…? Itulah luka di hati yang telah Allah sembuhkan tanpa hamba tau bagaimana proses pengubatannya. Tiada yang membekas walau sedikitpun! Allahu Allah.. Ternyata Allah benar-benar Berkuasa untuk menyembuhkan sakit hambanya yang zahir mahupun yang batin dengan hanya sekelipan mata! Sungguh, Robbi telah mengqobulkan doa guru hamba, “Allah akan menyembuhkanmu di sana” yang walaupun hamba hampir terlupa akan doa beliau yang satu ini kerna hamba disibukkan dengan memperhatikan dan merasakan ahwalnya Hubabah dan orang-orang di sekitar beliau.
Andai saja hamba tidak memperhatikan kebiasaan ahliLlah seperti mereka yang tidak senang kalau diri mereka yang dibicarakan, pastilah akan hamba ceritakan ahwalnya mereka kepada kalian. Tapi inilah sekadarnya, mudah-mudahan bermanfaat buat hamba dan kalian insyaAllah :’) mohon doanya..
~ALLAHumma sholli 'ala HabibaK Sayyidina Muhammadin wa aalih wa shohbih wa sallem~
Friday, June 25, 2010
[Amaran Tsunami & Zikrul Maut]
Jam jam seperti semalam saya baru kembali menghadap laptop selepas sibuk di dapur, masak 'supper' untuk abah dan abang-abang. Leka membalas mesej teman-teman yang tetap ingat, sekali lagi pintu bilik saya diketuk dari luar. Saya menanggalkan 'headset' di kepala, dengan malas saya bangun membuka selak pintu dan abang muncul. Di tangan beliau sebuah beg berisi pengenalan diri dan beberapa barang kecil milik beliau.
Sekali lagi dengan wajah 'boring' saya bertanya, “Awat (kenapa)?”. Kata abang, “Nah, masukkan benda-benda penting sebab dah banyak kali siren amaran Tsunami berbunyi malam ni.” Saya sedikit tersentak tapi hati masih tenang Alhamdulillah. Seingat saya, ini kali kedua saya mendengar bunyi siren berulang-ulang kali sejak alat itu dipasang di persisiran laut Kuala Kedah selepas tragedi Tsunami tahun 2004 dulu. Saya ambil beg di tangan abang dan ingin berlalu. Tapi abang sempat berpesan, “Kalau nak tidur nanti, pakai yang sopan, yang menutup aurat. Siapa tau..”. Allahu Allah..
Dengan beg di tangan, saya mundar mandir di dalam bilik. Bingung, harus dimasukkan apa dalam beg sekecil itu sebagai bekal? Apa itu Al-Quran? Khulasah Madad yang sudah lusuh? Kitab kecil Burdah yang selalu bersama? Dalail Khayrat? Atau apa..? Saya buntu. Kata hati, "Itu pun kalau engkau masih selamat", Allahu Allah.. Kemudian saya dengar abang keluar dengan motornya. Fikir saya, “Pergi melihat keadaan laut mungkin..?”.
Kemudian saya termanggu sendiri, “Kalau benar ini malam yang terakhir, apa yang harus saya persiapkan Rabbiy?”. Saya teringat pesan Hubabah Halimah Al-Aydrus dalam kedua-dua ziyarah beliau ke Malaysia dulu, “Masukkan Allah ke dalam hatimu!!”. Soalnya, masih punya waktukah saya untuk berbuat demikian kalau selama ini Dia entah di mana saya letakkan? Allahu Allah..
Beberapa waktu kemudian, alfagerah berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri dan berwudhuk. “Kalau benar ini malam terakhir, mudah-mudahan Allah menerima taubatku”. Keluar dari bilik air, bertembung dengan abang. Saya pun bertanya, “Angin kencang di luar?”. Jawapan abang, “Tak begitu kencang”. “Di dasarnya, Allahu a’lam”, sambung saya. Memang luar biasa keadaan hati saya saat itu memikirkan detik kematian itu, kalau ia tiba.
Selama ini, saya sering merasakan tidak ada apa-apa yang harus dibimbangkan dengan sebuah kematian kalau itu satu-satunya jalan untuk kembali dikumpulkan bersama Saiyyiduna Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam. Tapi ternyata, gementar itu tetap hadir. Debar itu hampir menyesakkan dada. “Mungkin begini rasa hati orang-orang yang malaikat maut sudah di muka pintu”. Allahu Allah..
Saat itu Allah ingatkan saya kepada Hizbul Bahr susunan Abu Hasan Syadzuli, Alhamdulillah.. Bahr bermaksud “Laut”. Hizib inilah yang al-Imam selalu berwasiat kepada anak-anak murid beliau supaya rajin dibaca dan diajarkan kepada anak-anak mereka kerana di dalamnya mengandungi al-Ismul A’dzom (Nama Yang Agung). Hizib ini diajarkan oleh Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam melalui mimpi sewaktu beliau berduka-cita di Laut Merah.
Subuh tadi bangun dengan debar di dada, “Ya Allah, masih hidupkah hamba?”. Iya, keadaan bilik saya masih serupa. Sejenak berfikir, mungkin ini rahsia Allah menyembunyikan detik kematian hamba-hambaNya. Agar mereka selalu bersiap sedia. Agar mereka tetap jujur dalam menyintaiNya. Bukan hanya di saat perlu, ingat Dia. Ighfirlana Ya Allaaaaaah..
Waktu makan tengahari tadi abang saya bercerita, rupa-rupanya sudah ada yang cuba menyelamatkan diri dengan memandu kereta masing-masing ke pusat bandar, bimbang Tsunami benar-benar terjadi. Tak kurang juga yang memenuhi stesen-stesen minyak untuk mengisi tangki minyak kenderaan sendiri. Belum dikira mereka yang 'mengilek' beg yang mungkin mengisi sekian banyak 'cash' selain dokumen-dokumen penting. Tetapi kalau detik kematian sudah tercatat di Luh Mahfuz, pastilah tiada satu ceruk pun yang boleh menyelamatkan kita daripada janji yang satu itu.
"Ya Ilahiy, kalau janjiMu itu telah tiba, hamba mohon Engkau matikan hamba dalam keadaan menyintai dan merindui pertemuan dengan KekasihMu Muhammad.. Sungguh hamba tak punya bekal walau sedikit pun melainkan cinta itu.. dan bukankah kami nanti akan Engkau kumpulkan bersama Siapa yang kami cinta..?" :'(
Tuesday, January 5, 2010
~Abiy Nur kembali, Sufian Nur mengganti~
Alhamdulillah, wa sholaatu wa salaamu ‘ala Rosulillah shollallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam.. SMS yang masuk ke handphone ana tadi pagi membawa khabar gembira lagi, Allahu Allah… Barangkali Allah Yang Maha Baik itu mau memujuk hati kita agar kita selalu mengatakan, “Na’am, kullu kher insyaAllah!!”. Selang seminggu setelah Abi Nur kembali ke Indonesia, Allah bakal menghantarkan pula adik beliau, Syeikh Sufian Nur untuk bersama kita di Malaysia. InsyaAllah, Masjid Al-Falah akan kembali meriah dengan kehadiran seorang lagi Al-Banjariy :)
Masih kuat dalam ingatan ana saat kali pertama memandang wajah beliau. Pada hari itu, Kuliah PAKSI Alor Setar di Menara Zakat penuh sesak dengan para pencinta Syeikh Nuruddin setelah hampir setahun kami terpisah daripada beliau. Kebetulan ana turun ke tingkat bawah dewan kuliah untuk telefon abah ana. Saat ana berpaling ke arah cermin, ana terpandangkan sosok seseorang yang seperti ana kenal, tapi bila diteliti, hati ana masih ragu. “Ya Allah, apa ana sudah melupakan wajah Syeikh Nuruddin, atau ana khilaf lagi. Beliau ini Syeikh Nur atau bukan..?”. Melihat sosok itu berjalan naik ke dewan kuliah bersama pengiring beliau, ana juga bersegera ke dewan yang sama melalui lift walau hati ana masih tertanya-tanya, “ Beliau ini siapa ya Allah..?”.
Ternyata, ramai yang menyambut beliau di pintu masuk dewan kuliah. Ana perasan, ada wajah ragu di kalangan jama’ah yang lain juga. Lalu beliau terus diiring ke ruang VIP di atas pentas. Ana berfikir lagi, “Benar beliau niy Syeikh Nur yang ana kenal dulu..?”. Lalu disabarkan hati. Akhirnya persoalan itu terjawab juga apabila pengerusi majlis memperkenalkan beliau itu adiknya guru kami, beliau lah Syeikh Sufian Nur, Allahu Robbiy.. Nah, pantaslah wajah beliau punya iras Abi Nur! Adik beliau rupanya :) Walau kehadiran Syeikh Nur yang dinanti, tapi Syeikh memilih untuk menghantarkan adik beliau sebagai ganti, semata-mata kerna beliau tak sampai hati menolak hajat jama’ah PAKSI Sungai Petani yang telah menghantarkan sendiri wakil mereka untuk menjemput Syeikh ke sana.
Hampir semua cerita tentang Syeikh Sufian Nur masih tersimpan di dalam memori, Alhamdulillah. Antaranya, cerita dari Syeikh Fahmi Zamzam. Berbetulan ziyarah Syeikh Nur dan keluarga pada tahun itu jatuh dalam bulan Ramadhan. Kerna Syeikh Sufian seorang Hafizu-l Quran, Maahad Derang meminta beliau mengimamkan solat tarawih selama mereka di sana. Dan sudah menjadi kebiasaan di Maahad Derang, mereka akan mengkhatamkan satu juzuk Al-Quran dalam solat tarawih pada setiap malam Ramadhan di sana. Sampai pada satu ayat yang mungkin Syeikh Sufian khilaf, tanpa disangka, anak beliau yang ketika itu masih berumur 7 tahun yang menyambungkan bacaan Abiynya, Allahu Allah..
Lalu Syeikh Fahmi katakan: “Maka kita tu tak punya alasan lagi. Kita sering mengatakan yang Imam Syafi’e bisa selesai hafal Quran pada umur 6 tahun kerna pada zaman beliau tak ada TV, dan sebagainya. Nah, ternyata contoh yang satu ini membuktikan generasi ini masih mampu melahirkan huffaz pada usia muda seperti puteranya Syeikh Sufian Nur". Allahu Robbiy..
Biografi ringkas Syeikh Sufian Nur:
Beliau adalah Sufian Nur bin Marbu bin Abdullah al-Banjariy al-Makkiy. Adik kepada al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjariy al-Makkiy. Dibawa keluarga beliau berhijrah ke Makkah ketika beliau berusia 5 tahun. Mendapat pendidikan awal di Makkah. Ketika berusia 14 tahun beliau telah menghafaz al-Quran. Dalam usia 16 tahun beliau sudah mula mengajar dan menjadi imam di beberapa buah masjid di sekitar Makkah. Pernah berkhidmat kepada Musnid ad-Dunya al-'Allamah Syeikh Muhammad Yasin bin Isa al-Fadaniy al-Makkiy selama 2 tahun.
Selain mendapat pendidikan di Makkah, beliau juga mendapat pendidikan di Mesir dan juga di Hadramaut, Yaman. Kini beliau masih lagi berguru kepada al-'Allamah al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidh ibn Syaikh Abu Bakar bin Salim.
Beliau juga adalah seorang yang mahir di dalam pembacaan qiraat yang 7. Seorang ahli 'ibadah yang tawaddhu. Kini beliau mengendali sebanyak 15 buah pesantren di Indonesia yang jumlah pelajarnya hampir seribu orang. Beliau juga adalah seorang yang memiliki sanad ilmu dan juga sanad al-Quran. Selain dari berdakwah dan mendidik, beliau juga ada menulis, antaranya kitab bertajuk Fath al-Haadi al-Raqiib fi Adillah Fath al-Qoriib al-Mujiib.
Semua dijemput hadir ke:
Majlis Bersama Syeikh Suffian Nur Marbu al-Banjariy al-Makkiy
Tarikh: 21 Muharram 1431/7 Jan 2010 (Khamis)
Masa: Selepas Maghrib
Program: Ceramah Umum
Lokasi: Masjid al-Falah USJ 9, Subang Jaya, Selangor
Tarikh: 22 Muharram 1431/8 Jan 2010 (Juma'at)
Masa: 10.30 pagi
Program: Kuliah Dhuha Bersama Muslimat
Lokasi: Masjid al-Falah USJ 9, Subang Jaya, Selangor
Masa: Selepas Isyak
Program: Kuliah Isyak
Lokasi: Pusat Pengajian Ba'alawi, No.9, Jalan UP2A, Prima Ukay, Kemensah (belakang Zoo Negara)
Tarikh: 24 Muharram 1431/10 Jan 2010 (Sabtu)
Masa: Selepas Maghrib
Program: Kuliah Maghrib
Lokasi: Masjid Negeri (Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah), Shah Alam, Selangor
Masa: 3.30 pagi
Program: Qiyamullail
Lokasi: Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM, Gombak, Selangor
( sumber: http://al-fanshuri.blogspot.com/ )
Take note: Kalau kita merasakan Abi Nur itu seorang yang tegas, maka bersiap-sedialah kerna adik beliau lebih tegas lagi ^_^ Ana yang fager pernah mendengar beberapa cerita yang menunjukkan ketegasan beliau, Allahu Allah.. Dengarnya, beliau juga selalu debat dengan abang beliau terutama dalam masalah figih kerna kedua-dua mereka ‘alim MasyaAllah..
~Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum~
Thursday, September 10, 2009
Ramadhan di Sana..
Tak dapat alfagerah bayangkan kira-kira bagaimana kerinduan mereka yang pernah melalui hari-hari Ramadhan di bumi Tareem. Dikhabarkan mereka di sana ada yang solat sunat hingga seratus rakaat dalam satu malam. Ikhwahnya bergerak dari satu masjid ke masjid yang lain secara berkumpulan dalam memeriahkan malam-malam Ramadhan. Hantarkan hamba ke sana Tuhan, Allahumma ameen.. Ya Tareem wa ahlaha.. ya Tareem wa ahlaha.. ya Tareem wa ahlaha..
Mereka yang melalui Ramadhan di Makkah Al-Mukarramah apatah lagi. Bergantian solat dan tawaf mengelilingi Ka’abah bersama tetamu-tetamu Allah yang lain dengan dijanjikan ganjaran pahala yang luar biasa! Allahu Allah.. Sampaikan kami ke sana Ya Allah! Juga mereka yang menempuh Ramadhan di Madinah Al-Munawwarah, di bumi yang di sana bersemadi jasad Saiyyiduna Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam yang dengan rahmat Baginda-lah kita semua bisa mendapat kelebihan ummat Nabi Terakhir sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam. Dengan rahmat Baginda juga kita dapat melalui Ramadhan yang diberkati dengan dijanjikan dengan kelebihan yang banyak sekali! Hantarkan kami ke sana Tuhan! Allahumma sholli wa sallem wa baarik ‘alaihi wa ‘ala aaleh~
Sungguh alfagerah rindu Ramadhan alfagerah di bumi UIA. Beberapa tahun melalui bulan tarbiyah ini di kampus membuatkan hati alfagerah begitu dekat. Di sana manusia berlumba-lumba mengumpul kebajikan. Dimana-mana manusia berebutan menghabiskan bacaan al-Quran. Di sana juga manusia banyak memilih untuk beriktikaf di masjid sejak dari awal Ramadhan dan khususnya pada 10 malam terakhirnya. Bukan sesuatu yang pelik di sana bila dimana-mana, pada bila-bila masa manusia akan membuka naskah Al-Quran mereka dan melanjutkan bacaan masing-masing hatta di bus-stop sekalipun! Tika menunggu waktu berbuka juga, ramai yang masih meneruskan bacaan mereka, berdzikir dan banyak berdoa. Tapi kini kami jauh. Hanya kenangan itu yang dibawa.
Hari-hari Ramadhan di sana dilalui dengan lebih berhati-hati kerna kita semua berada didalam bi’ah yang baik. Dikelilingi orang-orang yang baik. Diulangi peringatan-peringatan yang baik. Melihat contoh-contoh yang baik dan sebagainya. Kuliyyah-kuliyyah ilmu juga meriah Alhamdulillah. Malam-malam terakhir Ramadhan pensyarah-pensyarah dari kuliyyah Pengajian Islam dan Bahasa Arab akan mengisi slot tazkirah Ramadhan selepas terawih seperti Dr. Abdul Razak Al-Hasaniy dan yang lainnya. Selesai 20 rakaat terawih, ada yang melanjutkan bacaan Al-Quran mereka dan ada juga yang balik berehat di bilik masing-masing atau turun moreh di tingkat bawah masjid dan ke kafe-kafe yang masih dibuka. Selesai moreh, sambung iktikaf lagi. Tapi kini kami jauh. Hanya kenangan itu yang dibawa.
Malam-malam terakhir Ramadhan di sana juga sedikit sekali tidur orang-orang yang beriktikaf. Semua berlumba-lumba mencari Lailatul Qadr! Tapi malam 27 Ramadhan yang paling meriah! Kerna orang Arab mengambil qaul yang mengatakan Lailatul Qadr pada malam 27 Ramadhan, makanya kebanyakan mereka tidak tidur. Mereka bersungguh-sungguh solat, membaca Al-Quran, zikir, berdoa dan banyak bersedekah. Tahun pertama iktikaf di sana kami agak kaget apabila melihat sekotak air dan sebiji limau tersedia di hujung kepala tika semua bangun waktu Qiamullail. Alfagerah sendiri tertanya-tanya, "makanan dari langit kah ni..?" ^_^ Tapi kini kami jauh. Hanya kenangan itu yang dibawa.
Rindu juga pada teman-teman ibadah di sana terutama ‘ummul barakah’ (Nana) dan roommates terutamanya ibu (Muslimah), bapak (Farhana), kakak yang sulung (Alina), kakak yang tengah (Roxana), adik beradik yang lain (Farah), adik-adik (Falyn, Hajar, Husna, Ani), jiran tetangga (Tim, Reena,…), Tiq, As, Dzun dan semua. Allaaah.. Teringat saat sahur di bilik E 1.2 yang selalu meriah, iktikaf di masjid bersama ‘kaum keluarga’, membawa bekal bantal dan toto. Waktu Qiam yang syahdu. Alunan suara merdu Imam yang meruntun kalbu. Esak tangis teman makmum. Tak ketinggalan tangisan anak-anak kecil yang dibawa iktikaf bersama ibu-ibu mereka. Teringat detik ibu, bapak dan adik-beradik ynag lain begitu tertarik dengan seorang baby bernama Hajar, hingga sekarang ingatan tersebut masih kuat. Tapi kini kami jauh. Hanya kenangan itu yang dibawa.
Masuk tahun kedua di main campus, adik-beradik dan jiran-tetangga yang di Kuliyyah of Architecture and Environmental Design (KAED) macam bapak, Farah, Husna dan Tim memang selalu sibuk, tapi still kami akan susun satu masa untuk berkumpul walau sekali. Dulu juga kerap berebut-rebut dengan cik Alina tengok list Imam-Imam yang bertugas untuk solat terawih dan Qiamullail, yang pastinya beliau lebih excited, alfagerah biasa-biasa saja ^_^ (tak nak ngaku haha..). Tapi kini kami jauh. Hanya kenangan itu yang dibawa.
Kalau berbuka di masjid UIA, makanan dan minuman memang disediakan. Cuma perlu beratur menunggu giliran. Disana kami belajar sabar dan qanaah dengan apa saja yang dihidangkan. Kalau bimbang tak cukup bekal makanan yang dihidangkan pihak masjid, bazaar Ramadhan la yang kami kunjungi. Antara yang kerap dibeli Roti John plus daging! Tapi tak nak la cerita banyak-banyak pasal juadah berbuka, takut kurang pahala puasa hehe.. Yang bestnya kalau jalan dengan ibu di bazar, tension dibuatnya sebab boleh dikatakan hampir separuh warga UIA tu kawan ibu kot!! Jadi kena stop kat banyak check-point, tunggu ibu bertanya khabar haha.. Semua tu kenangan yang tak bisa luput dari ingatan. Tapi kini kami jauh. Hanya kenangan itu yang dibawa.
Then Ramadhan bersama sidti Syarifah Fatimah ben Yahya menyaksikan perebutan untuk menumpang pahala puasa yang lain dengan bergantian membeli juadah berbuka. Disana kami belajar untuk memberi walau dengan hanya sebiji tamar. Disana juga kami belajar untuk tidak membazir kerna sidti selalu mengingatkan. Bersama sidti, kami bisa berkumpul bersama students Master dan PhD macam Kak Nani, Kak Qurratul ‘Ain, Kak Fifi, Kak Fatin dan yang lainnya. Sesi berbuka bersama mereka selalunya akan menambahkan ilmu kerna akan ada tausiyah dan tadarus Al-Quran. Tahun terakhir di sana lebih berharga kerna biiznillah, kami bisa terawih bersama Imam Mu'taseem dari Syria di Masjid Wilayah, Jalan Duta. Sungguh indah perjalanan malam kami ke sana. Tapi kini kami jauh. Hanya kenangan itu yang dibawa.
Sunggu hamba bersyukur dan gembira Ya Allah, kerna dulu hamba punya…
Sidti Syarifah Fatimah yang sangat pengasih
Ibu yang penyayang
Bapak yang selalu menenangkan
Alina yang periang
Rox yang pandai memasak
Farah yang suka tersenyum
Adik Husna yang lemah lembut
Adik Hajar yang cukup apa adanya
Adik Falyn yang ceria
Adik Ani yang suka makan
Jiran tetangga seperti Tim dan Reena
Dan semua saudara-saudara hamba Di Sana
Mudah-mudahan ukhuwah kita berterusan hingga kita dipertemukan kembali di hari akhirat nanti dengan keberkatan Nabi kita sallallahu 'alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam dan zuriat keturunan Baginda seluruhnya, Allahumma ameen..
~Allahumma sholli 'ala Saiyidina Muhammadin Nabiyil Ummiyyi wa 'ala aalihi wa shohbihi wa sallem~
Monday, June 22, 2009
Dr. Farhan Hadi, Syeikh Nur, dan Habaib
Semalam, guru yang sangat ana hormati, Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki berjaya mengkhatamkan kitab Hadith Riwayat 10 Sahabat Jilid 2 sekaligus menamatkan ‘kontrak’ pengajian beliau di Masjid Al-Falah USJ 9 tanpa beliau ‘highlight’kan sebab-musabab beliau membuat keputusan yang ternyata mengejutkan sebahagian besar ahli jemaah masjid. Teringat ketika kereta ana masuk ke perkarangan masjid, hati ana melonjak gembira kerana jumlah kereta yang di’park’ di parking lot masjid hampir penuh. Kasut-kasut juga banyak tersusun di atas rak dan di lantai pintu masuk masjid. Melangkah ke dewan solat sekali lagi hati ana teruja melihat jumlah para penuntut ilmu yang jauh lebih banyak daripada biasa. Hampir separuh ruang solat masjid penuh dengan tholabul ilmi. Ana mula meneka, mungkin Kak Nani (lecturer KUIS) ‘mengangkut’ bersama anak-anak murid beliau hadir dalam majlis ilmu bersama ulama’ yang sedia dikasihi dan dihormati oleh para peminat kuliah-kuliah pengajian beliau selama ini. Ketika selang masa rehat, ana sangat gembira bersalaman dengan Kak Nani dan sangat berterima kasih atas susah payah dan usaha murni beliau.
Selasai makan, kami duduk lagi bertalaqi, menadah kitab di depan Syeikh Nur. Seperti biasa, bersama lontaran-lontaran ilmu dari Tuan Syeikh, kami sangat terhibur dengan senda gurau dan bakat humor beliau. Akhirnya kitab hadith tersebut berjaya juga dikhatamkan setelah satu tempoh waktu yang agak lama. Pastinya disebabkan pengajian bersama Tuan Syeikh hanya berlangsung setiap dua bulan sekali. Kemudian Tuan Syeikh minta sedikit waktu untuk mengumumkan sesuatu. Mendengar keputusan beliau untuk menutup terus majlis pengajian beliau di masjid Al-Falah membuatkan rasa gembira dan teruja ana setiap kali berada dalam majlis beliau bertukar menjadi hiba. Airmata mula mengalir. Entah berapa kali dikesat masih juga mengalir. Ana percaya, pastinya jauh di sudut hati murid-murid beliau tak putus-putus berdoa, mudah-mudahan kami semua masih diberi kesempatan untuk terus duduk bertalaqi dalam majlisnya beliau dan mengambil ilmu dari beliau.
Antara amanat terakhir Syeikh Nur di Al-Falah:
1. Hendaklah kalian terus menghormati ilmu dengan menjaga adab-adab menuntutnya
2. Letakkan kemuliaan ulama’ itu sesuai dengan tempatnya
3. Jangan memilih-milih guru, tidak kira guru itu dari kalangan habaib atau bukan kerana sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam mengenai ulama’ itu bersifat umum bahawa “Sesungguhnya ulama’ itu pewaris Nabi” [walaupun majalis bersama para habaib tetap ada extra-valuenya-alfagerah]
4. Seorang ulama’ itu harus bersifat tawadhu’ dan hormat kepada ulama’ yang lain. Tuan Syeikh menceritakan contoh sifat tawadhu’ Al-Habib Umar ben Hafidh yang turut mencium tangan ulama’ yang mencium tangan beliau walaupun beliau seorang habib
5. Yang dikatakan ulama’ itu adalah mereka yang faqih. Faqih bermakna mereka bukan hanya ‘alim, tapi benar-benar beramal dengan ilmunya
6. Akhir sekali Syeikh Nur mengucapkan jutaan terima kasih dan jazakumullah khairan jaza’ kepada imam-imam Masjid Al-Falah, Ahli Jawatankuasa masjid dan semua hadirin atas komitmen yang telah diberikan sepanjang pengajian beliau di masjid tersebut dan selainnya.
Ustaz Azian pula mewakili semua yang hadir mengucapkan penghargaan diatas segala jasa baik Tuan Syeikh selama ini dan tak putus-putus memohon maaf atas segala kekhilafan yang timbul sepanjang keberadaan Tuan Syeikh di sini. Berkali-kali juga harapan semua ahli jemaah diutarakan agar Tuan Syeikh sudi membuka kembali majlis pengajian di Masjid Al-Falah pada suatu masa nanti. Mudah-mudahan harapan yang setinggi Jabal Uhud (seperti yang sering dicontohkan oleh Tuan Syeikh sendiri) dimakbulkan Allah subhanahu wa ta’ala. Majlis pun ditangguhkan walaupun masih ada ahli jemaah yang kelihatan terpinga-pinga dengan sesi pengumuman, penghargaan dan pengharapan pada pagi itu. Walaupun masih dalam keadaan sedih, ana dan sahabat meneruskan kembara mencari ilmu kami ke destinasi yang seterusnya, Madrasah An-Nur yang terletak di Pantai Dalam, Petaling Jaya.
Ana sedia maklum yang minggu ini akan diadakan bacaan Mawlid Dhiya ul Lami’ yang dipimpin oleh Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid. Justeru tinggi harapan ana yang kami masih punya kesempatan untuk turut berada dalam majlis tersebut walaupun ana sedar peluangnya agak tipis. Ketika kami sampai, azan Zuhur sedang dikumandangkan dan masih ada saki baki muslimin yang menunggu giliran untuk berwudhu’. Kami terpaksa menunggu keadaan reda sebelum Habib Idrus ben Hafidh memberi isyarat kami boleh menyusup masuk ke ruang muslimat. Seperti dijangka, bahagian muslimat juga agak ‘huru-hara’ dengan jemaah muslimat berbaris mununggu giliran untuk berwudhu'. Melihatkan sikap ‘menyibuk’ anak-anak kecil yang turut berebut-rebut keluar masuk tandas membuatkan ana tersenyum sendiri. Ketika hampir sampai giliran ana, ternampak kelibat Habib Faisal Al-Habsyi datang bersama isteri beliau, Hababah Syarifah Masyitah ben Yahya. Terdetik di hati ana, "ada yang lagi lewat hehe...". Sempat mencuim tangan dan memeluk hababah, kali pertama ana melihat putera mereka 'in-real', Sidi Syed Ali Masyur al-Habsyi.
Walaupun agak sedih kerana kami tak sempat bersama ketika majlis Mawlid Nabi kita sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam berlangsung, masih kesyukuran dipanjatkan kepada Allah dan selawat ke atas Saiyyiduna Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam kerana kami masih diberi rezeki melihat wajah para hababah yang hadir. Ummi Asma’, sidty Aminah ben Syeikh Abu Bakr ben Salem, Sidty Farihah ben Syihab, Sidti Alawiyah Al-Jufri, Sidty Munirah ben Hafidh, juga putera puteri mereka, Sidi Syed Salem ben Hafidh, Sidi Syed Ahmad Masyur Al-Haddad, Sidi Syed Abdul Qadir Al-Haddad, Sidti Fatimah Al-Hamid, Sidti Zainab Al-Hamid dan habaib yang lain. Sungguh melihat wajah-wajah mereka bisa meringankan beban kerinduan kepada Datuk mereka yang Mulia, Saiyyiduna Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam dan merekalah antara nikmat terbesar yang Allah anugerahkan kepada ummat Nabi Agung, Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam agar ummat merasa dekat dengan Nabi mereka.
Selesai solat dan makan tengahari yang disediakan kakak-kakak yang level kasih mereka kepada Baginda Nabi sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam dan ahl bait Baginda sudah berada pada tahap executive mungkin, kami duduk bertanya khabar dan berkongsi cerita dengan para hababah dan muhibben yang lain. Walaupun sebentar cuma, mudah-mudahan tetap ada barakahnya insyaAllah.
"Allahumma sholli wa sallem wa baarik ‘alaihi wa ‘ala aaleh wa ashhabeh”
Wednesday, April 1, 2009
Kemalangan sebelum Final Exam yang terakhir...
Semalam, kira-kira jam 11pagi SMS daripada cousin saya Irwan di Shah Alam masuk ke Nokia 5300 saya. Isinya, “Salam. Ju, bila nak balik kedah?”. Jawapan saya, “Aku balik lambat lagi Iwan, 3hb ni start final exam insyaAllah. Doakan na. Awat?”. Selang beberapa saat, masuk sms seterusnya, “Mak aku kena pi buat check-up kat Hospital Aloq Staq 18hb ni, ingat kalau hang balik sama tarikh, boleh balik dengan Chu sebab Mira sekolah”. Saya pun jawab, “Sory”. Sambungannya, “Iwan, klu aku nak pi tidoq kat umah hang buang semalam bleh? Dah rindu kat Chu”. Dia kata, “Ok, mai la umah!”. Sejurus tamat diskusi kami yang berapa interesting sangat, saya masih berkira-kira, nak pi ka dak ke Shah Alam. Tapi teringat kerinduan pada mak di Kedah beberapa hari ni buat saya terfikir, pi ja la. Tak boleh jumpa mak, jumpa adik mak kira kher (ok) la kot insyaAllah. Sememangnya Chu ni adik kandung mak yang paling rapat dengan saya.
Sampai melepasi lunch hour, saya masih belum bersiap. Adik sebilik, Ida dah berletiaq (berleter). “Jadi pegi Shah Alam tak kak Ju?”. “Hmmm, jadi kot, tapi nanti la dulu”. Usai solat zuhur, Ida pun beransur ke kelas. Hampir masuk waktu ‘Asar, adik ni dah pun selamat balik kelas. Dia terkejut tengok saya still terhegeh-hegeh iron baju. Geleng kepala dia dengan kelembapan saya hu.. Mulut dia tak lepas membebel, “Tak siap lagi kak ju? Ingat dah selamat sampai Shah Alam he.. Dah nak dekat habis office hour ni kak ju, nanti mesti jem teruk”. Saya jawab, “Yes, I knew it dear. Satgi pas solat ‘Asar kak ju pi la he….”. Selesai solat 'Asar, saya pun bersiap dan mengucapkan ma’assalamah pada Ida.
Saya memilih untuk melalui MRR2 kerana percaya bila dah masuk ke KESAS nanti perjalanan saya akan lancar insyaAllah. Kenderaan bergerak agak perlahan tapi masih belum begitu sesak. Saya bernafas lega dan syukur pada Allah. Sampailah di atas flyover sebelum Pandan Indah. Saya yang berada di lane satu memilih untuk masuk ke lane dua. Saya memberi signal ke kiri dan mata liar melihat cermin tepi dan belakang. Setelah hati saya yakin line clear, saya pun bergerak perlahan dan masuk ke lane dua.
Tiba-tiba, entah dari langit mana datangnya sebuah kereta melanggar belakang kereta saya, Allahu Allah. Saya terus brek kereta dan terpegun beberapa saat. Hati saya tertanya-tanya, “Ya Allah, kereta aku ke yang kena langgar?) (soalan ape tuh huhu…). Hati saya jadi percaya bila terpandangkan sebuah kereta putih tersasar ke tepi dengan agak dasyat dan cermin tepi kereta saya ‘cedera’ dan termasuk ke dalam akibat hentakan momentum dari perlanggaran tadi. (tapi bukan salah gua ok!, dia yang langgar gua!)
Saya terdiam beberapa ketika. Hanya kalimah “Ya Allah” berulang kali keluar dari bibir saya. “Doakan hamba wahai Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam”. Saya melihat kereta Honda Civic lama dah tersasar ke tepi. The owner of the car keluar sekejap untuk melihat kecederaan kereta dia sedang saya masih terpaku di dalam kereta . Saya seolah-olah belum mahu percaya yang sayalah yang terlibat dalam kemalangan pada petang itu.
Tapi apabila pemilik kereta yang melanggar saya masuk kembali ke dalam kereta dia dan mula bergerak perlahan, saya seperti baru sedar dari mamai (tak betul langsung timing nak mimpi sekejap kan huhu..). Hati saya tertanya, “Dia nak lari ke Ya Allah”. Saya menjadi sedikit kalut. “Aku nak buat apa ni Ya Allah?”. Dungu betul kan hu… saya teringat, “Ha, amik nombor plat kereta dia!” dengan tangan yang sedikit terketar saya mencatat nombor plat kereta dia di dalam handphone. Sempat lagi terlintas dibenak saya, “Nombor plat jenis apa ni? Quite rare pada pandangan mata saya”. Kemudian saya ON kan lampu kecemasan lalu bergegas keluar dari kereta dan lock the door. Wallet dan handphone ana tak lupa beb, Alhamdulillah. (ana plak, tadi saya, pastu gua, pasni aku pulak. Hmmm, lantak la labu).
Kereta putih tu perlahan-lahan meninggalkan saya. Tapi Alhamdulillah, Allah yang Bersangatan Baik tu menghantarkan seorang Pakcik teksi yang baik hati untuk membantu hambaNya yang lemah. Pakcik tu membunyikan hon teksi dia berkali-kali lalu memintas kereta yang melanggar saya tadi. Hanya Allah yang Maha Tahu keadaan hati saya ketika itu, Allahu Allah. Apabila sampai ke cermin ‘driver’ kereta tadi, seorang Brother menurunkan cermin tingkap keretanya. Kelihatannya agak takut-takut dan mata dia agak merah. (menangis ke ha? I’m just joking huhu….). Pakcik teksi tadi sempat nasihat dia, “Kena tanggungjawab la Brother, jangan lari pulak!”. Lelaki tadi menganggukkan kepala sambil cuba meyakinkan saya, “Saya tak lari kak, kita settle cara baik”. Siapa kakak yang dia maksudkan tadi? Saya ke ha? Sekali lagi soalan yang tak berapa nak pandai. Itulah padahnya bila selalu perasan muda haha...
Disebabkan Pakcik teksi tu ada customer dalam kereta merah dan putih dia, dia terpaksa pergi tapi sempat ingatkan saya suruh ambil IC or licence Brother tadi supaya dia tak lari. Saya pun bertindak mengikut arahan! Hait! Entah apa la yang menarik sangat sampai berbondong-bondong kereta berhenti di bahu jalan. Saya tertanya-tanya, “diorang ni memang nak tolong kami yang ditimpa musibah ni or nak tolong tengok je?”. Hmmm, rupanya kebanyakan mereka mempunyai misi dan visi yang lebih gempak dari apa yang saya fikirkan. (syabas bete!).
Kembali ke cerpen saya tadi. Brother tu pun turun dari kereta dengan wajah yang agak tension. Bukan saya ke yang sepatutnya lebih tension dari dia? Confuse, confuse. Seorang Brother yang lain menawarkan diri untuk ubah kereta saya ke tepi sedang saya berbincang dengan the owner of white Honda Civic. Alhamdulillah, Allah masih sedikit menenangkan saya sampai masih bisa tersenyum yang entah ikhlas entah tidak pada Brother yang dah melanggar belakang dan pintu kiri kereta saya. Yang penting senyum la gak sebab Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam kata senyum tu sedeqah (terima kasih wahai Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam kerana telah mengajarkan kami segala akhlaq baik sesama manusia).
Panjang perbincangan kami. Mula-mula kami decide untuk report polis. Tapi Brother tu mintak settle atas jalan sebab yang pertama, tayar kereta dia meletup, jadi dia tak dapat kawal kereta dia, tu yang terlanggar kereta saya. Secondly, dia drive kereta Singapore milik abang dia sedangkan he owned lesen Malaysia. Thirdly sebab kereta yang dia pandu tu kereta Singapore, saya pun tak boleh claim atas insurance kereta dia nanti. Kesian la pulak! Patut la macam tak pernah saya nampak nombor plat kereta dia tadi. Ingatkan dari planet lain hu... Ilmu baru bagi saya.
You all know something? Rupanya kereta-kereta yang berhenti di belakang kereta kami merupakan ‘duta’ workshop masing-masing untuk buat business dengan orang-orang yang ditimpa musibah. Tapi sungguh saya tak nafikan kehadiran diorang agak membantu walaupun agak memeningkan kepala. Sekurang-kurangnya saya dapat peluang bertanya quotation, kos untuk baiki keta saya sebab saya agak ‘kayu’ dalam bab-bab camni. Kalau nak tanya quotation sebiji clay brick ke, harga sekampit cement ke, kos pemasangan air-conditioning system di hospital Temerloh ke, boleh la saya cuba jawab kot insyaAllah. Jazakumullah khiran jaza pada kalian (bravo!).
Cuma agak sedih melihat lakonan dan ketidakjujuran sesetengah daripada kalangan mereka. Anyway, mudah-mudahan kita semua menjadi ummat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam yang lebih jujur selepas ini, amen. Saya mula call beberapa orang saudara-mara yang mungkin dapat membantu, menenangkan dan mendoakan saya. Kecut juga apabila seorang perempuan berdiri di bahu jalan dan hampir semua kereta bergerak perlahan dan mata-mata mereka cuba mengenal-pasti siapakah gerangan yang accident pada petang yang berbahagia ini. Saya la orangnya he...
Saya cuba call cousin saya yang owned bengkel mengetuk dan mengecat keta that located at Wangsa Maju, Abang Edy. Sebak juga bila dia kata tak dapat datang melihat sendiri kereta saya. Tapi sekurang-kurangnya dia boleh quote range kos membaiki kereta saya. Alhamdulillah ‘ala kulli hal then! Kemudian saya call abang kepada Abang Edy, Abang Udin minta beliau datang, temankan saya sekurang-kurangnya sebab beliau sebaya dengan mak saya. Rumah beliau pun dekat dengan tempat kejadian. Beliau terus bergegas datang walaupun ambil masa yang lebih lama dari biasa. Semuanya gara-gara saya tersalah explain the exact location I’m was standing at that time. Ni lagi satu ‘kayu’ huhu..
Dengan hati yang berat, saya terpaksa juga call abang saya who owned kereta Wira yang pandu. Saya sempat menyebut, “Tenang na bang, kereta abang accident. Tapi ana selamat Alhamdulillah”. Saya explain apa yang patut dan bagitau abang saya price yang Brother tadi offer kalau saya setuju selesaikan cara baik. Boleh saya gambarkan betapa terkejutnya abang saya since saya satu-satunya adik perempuan yang dia ada (perasan la plak…). Belum sempat saya nak minta abang rahsiakan dari pengetahuan mak abah dulu sebab takut mereka bimbang, abang terus mencelah, “Sat, abang bincang dengan abah. Abah ada dengan abang ni!”. Terkedu saya seketika.
Bimbang sungguh saya dengan impak berita saya terlibat dalam kemalangan pada hati seorang abah yang menatang saya bagai minyak yang penuh. (sempat lagi ber’falsampah’ menggunakan kamus peribahasa Melayu hehe…). Abang call semula dan explain pendapat dia. Saya kenal sifat abah yang satu ni. Abah tak boleh berbicara dengan saya ketika saya ditimpa musibah. Semasa saya dimasukkan ke ward HKL hampir setahun yang lalu pun abah tak bisa bicara. Bimbang dia tersebak tanpa sengaja mungkin. “Maafkan ananda abah na”.
Saya membuat panggilan pada Irwan juga since dia seorang polis walaupun di bahagian jenayah. Mintak nasihat undang-undang. Mintak dia bagitau mak dia juga. Bimbang juga saya buat Chu tertunggu-tunggu kehadiran saya. Terasa agak mustahil nak meneruskan perjalanan ke Seksyen 19, Shah Alam selepas apa yang berlaku. Saya dapat menangkap suara kebimbangan dari nada percakapannya. Sebelum mengakhiri perbualan singkat kami, saya mintak Chu doakan saya juga. Orang seterusnya yang saya hubungi ialah Pakcik di Sri Gombak. Minta doa pastinya! Jazakumullah khairan jaza’ pakcik!
Sambil tu saya dan Brother tadi meneruskan diskusi kami yang tertangguh sebab dia pun membuat beberapa panggilan seperti saya. Mengadu kat mak dia kot huhu… (ish, tak baik fikir camtu). Yang paling ‘tak boleh blah’, datang seorang lelaki memakai t-shirt berkolar color blue black yang tertulis DUN apa entah. “Sapa pulak mamat ni? Tak nampak macam wakil rakyat pun. Guna “walkie-talkie” lak tuh! Penyampai radio Era yang melaporkan keadaan jalan raya di sekitar ibukota ke! Tak sesuai la bang, orang tengah ditimpa musibah ni! Luku di kedua-dua belah kepala satgi baru tau!”, saya bermonolog sendiri.
Selepas, cousin saya sampai, forum antara saya dan Brother tadi cuba diakhirkan secepat mungkin. Kami pun dah lama berdiri di tepi jalan. Lebih sejam kot. Akhirnya kami mencapai kata putus. Lebih dari separuh kos membaiki kereta saya dalam bentuk cash. Selebihnya menggunakan cash cek. Walaupun still ada sikit kebimbangan dalam hati saya, saya pujuk hati agar bertawakkal pada Allah yang satu. Tak larat dah rasa nak memanjangkan cerita. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam pun mengajarkan kita agar bertolak ansur sesama Muslim kan.
Saya sempat melihat IC Brother tadi sebelum memulangkan kepada tuannya. “Muda dua tahun dari aku rupanya, patut la cam takut-takut ja”. Saya tersenyum sendiri. Sebelum membawa kereta saya ke bengkel sepupu saya, sempat saya meminta diri pada ‘adik’ yang melanggar kereta saya tadi. Saya juga minta maaf kiranya dah menyusahkan dia. Dia kelihatannya agak terkejut dengan ucapan maaf saya. Mungkin dia rasa bersalah sebab saya pula yang meminta maaf, bukan dia. Finally, kami berpisah secara baik Alhamdulillah. Mudah-mudahan kami sama-sama redha dan tak berdendam sesama sendiri.
Dipendekkan cerita saya yang agak panjang ni, Allah masih memberikan saya kekuatan untuk memandu kereta ke bengkel cousin saya di Wangsa Maju. Abang Udin meminta diri selepas segalanya selesai. Niat sebenar beliau untuk membeli popia tertangguhkan setelah mendapat panggilan kecemasan daripada saya tadi. Sungguh saya menghargai anak saudara mak yang seorang ni. Tak pernah berkira apabila melibatkan hubungan kekeluargaan. Kemudian Abang Edy menjemput saya ke rumah dia di Wangsa Maju untuk bertenang sekejap kalau masih ada sisa terkejut. Kami bersembang sekejap sebelum solat maghrib.
Dapat saya rasakan saat berdiri di hadapan Allah selepas musibah yang menimpa membuatkan hati saya sebak dan insaf akan dosa-dosa sendiri. Sungguh Allah itu bersangatan baikNya. Apabila kita lalai dan mengabaikan khabar iman yang jatuh merudum, Allah datangkan musibah untuk kita kembali kepadaNya. Segalanya untuk manfaat hambaNya semata. Sememangnya tak terjejas sedikit pun kemuliaan dan kehebatan Allah sekiranya kita melupakanNya. Namun apabila kasih Allah kepada hambaNya mengatasi segalanya, Dia masih sudi menghulurkan musibah untuk menarikkan hambaNya yang ingkar kembali kepadaNya. Semata-mata agar kita selamat. Baiknya Engkau Tuhan.
Inilah salah satu tarbiyah daripada Tuhan sepanjang melalui hidup yang entah bila akan berakhir. Semuanya dalam rahsia dan ketentuan Allah. Ampuni segala keterlanjuran hamba Tuhan dan sekali lagi hamba mohon maaf kerana berkali-kali mengecewakan Baginda Nabi sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam.
"Allahumma sholli wa sallem wa bbarik 'alaihi wa 'ala aaleh wa ashhabeh"
Saturday, March 21, 2009
Surat Cinta buat Kak Ikin
Beliaulah zuriat keturunan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam pertama yang cintamuhammad cinta. Kami pertama kali ta’aruf di Masjid Al-Falah, USJ 9 walaupun dah beberapa kali cintamuhammad perasan akan kehadiran beliau di bumi universiti yang sama. Cintamuhammad pernah melihat beliau di dewan solat muslimat Masjid UIA sebanyak dua atau tiga kali dan kemudian bertembung lagi di tangga besar UIA.
Ketika kami berkenalan beliau telah berjaya buat cintamuhammad ketawa dengan bakat humornya. Kami begitu cepat mesra dek kerana sifat ramah-tamah beliau. Daripada keperibadian dan keilmuan beliau cintamuhammad mula mengenal keistimewaan seorang insan yang membawa darah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam dalam tubuh mereka. Kami banyak berbincang tentang ilmu kerana beliau seorang ahli ilmu. Beliaulah guru pertama daripada kalangan Ahl Bait yang memperkenalkan ilmu nasab zuriat keturunan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam secara detail kepada cintamuhammad.
Mungkin disebabkan kami punya interest yang hampir sama, kami menjadi semakin rapat. Pernah beberapa kali kami berselisih tapi beliau kerap mengalah, minta maaf walaupun cintamuhammad yang khilaf. Sifat beliau sering membuatkan cintamuhammad sebak sendiri. Sungguh cintamuhammad sangat menghargai kehadiran beliau dalam hidup cintamuhammad.
Terus-terang, sudah hampir luput keluh-kesah kepada Allah sejak cintamuhammad mula mengenal Islam, mula menghargai nikmat Iman yang Allah anugerahkan, nikmat mengenal Nabi agung, Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam, dan nikmat diperkenalkan kepada iitrah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam, itrah yang seorang ini terutamanya. Sungguh, terlalu murah hidup yang begini singkat untuk diisi dengan keluh-kesah yang berpanjangan. Justeru, beruntunglah orang yang mensyukurinya dan memanfaatkannya dengan amalan yang terpuji.
Dengan syafaat beliau, cintamuhammad diperkenalkan dengan lebih ramai itrah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam yang lain. Sesungguhnya, beliaulah pemula segalanya yang berkaitan ahl bait Nabiy sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam dalam hidup cintamuhammad.
Cintamuhammad juga seolah-olah kenal rapat dengan keluarga beliau walau belum pernah berjumpa. Cintamuhammad seolah-olah kenal akan karakternya ayahanda beliau, Tuan Syed Abd Kadir ben Yahya, bonda beliau sidti Syarifatunnisa, adik-adik beliau, sidti Syarifah Hafizah (kak ijo), sidi Syed Abdul Mutalib, sidi Syed Salman, sidti Syarifah Khadijah, sidti Syarifah Hidayah, sidi Syed Ahmad Nasarudin, dan juga anak-anak saudara beliau sidi Syed Ahmad Ra’id dan sidti Syarifah Ilham Damia.
Tapi, mendapat khabar penyakit 'Steven Johnson Syndrome' yang beliau hidapi membuatkan hati cintamuhammad selalu mendung dan berkabus dengan kesedihan. Ingin sekali segera terbang ke Hospital Kuala Terengganu untuk melihat sendiri keadaan beliau yang terlantar. Tapi disebabkan cintamuhammad punya final exam skill pada hari sabtu lepas, niat itu terpaksa ditangguhkan. Mudah-mudahan Allah menyampaikan salam sejahtera cintamuhammad buat beliau yang cintamuhammad cinta kerana Allah, juga kerana Datuk beliau yang mulia, Baginda Nabi sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam. Jam 10.20 malam hari yang sama cintamuhammad naik bas bersama ummulbarakah untuk pergi melihat sendiri keadaan beliau Alhamdulillah.
Doa cintamuhammad, mudah-mudahan beliau akan diselimuti burdah yang akan menyembuhkan segala kesakitan dan derita beliau oleh Datuk beliau sendiri, Baginda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam. Pastinya itulah hadiah yang paling berharga dalam hidup beliau. Sungguh, cintamuhammad sangat terhutang budi akan segala budi baik, doa dan nasihat-nasihat berharga daripada beliau.
Wahai Tuhan yang menghadiahkan cinta dalam hati hamba-hambaMU, persaksikanlah bahawa sesungguhnya hamba cinta kepada itrah KekasihMU yang satu ini, sidti Syarifah Fatimah bt Syed Abdul Kadir Al-Yahya. Pastinya syafaat mereka akan hamba tagih nanti Ya Allah. Lebih lagi, syafaat Datuk mereka yang agung, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam.
“Allahumma sholli wa sallem wa baarik ‘alaihi wa ‘ala aaleh wa ashhabeh…”