Friday, June 25, 2010

[Amaran Tsunami & Zikrul Maut]

“Wahai diri, apakah engkau benar-benar sedar bahawa janji kematianmu semakin hampir? Kalaulah engkau tau apa yang Rasulmu ketahui, tentulah engkau akan lebih banyak menangis..” Aahin..

Jam jam seperti semalam saya baru kembali menghadap laptop selepas sibuk di dapur, masak 'supper' untuk abah dan abang-abang. Leka membalas mesej teman-teman yang tetap ingat, sekali lagi pintu bilik saya diketuk dari luar. Saya menanggalkan 'headset' di kepala, dengan malas saya bangun membuka selak pintu dan abang muncul. Di tangan beliau sebuah beg berisi pengenalan diri dan beberapa barang kecil milik beliau.

Sekali lagi dengan wajah 'boring' saya bertanya, “Awat (kenapa)?”. Kata abang, “Nah, masukkan benda-benda penting sebab dah banyak kali siren amaran Tsunami berbunyi malam ni.” Saya sedikit tersentak tapi hati masih tenang Alhamdulillah. Seingat saya, ini kali kedua saya mendengar bunyi siren berulang-ulang kali sejak alat itu dipasang di persisiran laut Kuala Kedah selepas tragedi Tsunami tahun 2004 dulu. Saya ambil beg di tangan abang dan ingin berlalu. Tapi abang sempat berpesan, “Kalau nak tidur nanti, pakai yang sopan, yang menutup aurat. Siapa tau..”. Allahu Allah..



Dengan beg di tangan, saya mundar mandir di dalam bilik. Bingung, harus dimasukkan apa dalam beg sekecil itu sebagai bekal? Apa itu Al-Quran? Khulasah Madad yang sudah lusuh? Kitab kecil Burdah yang selalu bersama? Dalail Khayrat? Atau apa..? Saya buntu. Kata hati, "Itu pun kalau engkau masih selamat", Allahu Allah.. Kemudian saya dengar abang keluar dengan motornya. Fikir saya, “Pergi melihat keadaan laut mungkin..?”.

Kemudian saya termanggu sendiri, “Kalau benar ini malam yang terakhir, apa yang harus saya persiapkan Rabbiy?”. Saya teringat pesan Hubabah Halimah Al-Aydrus dalam kedua-dua ziyarah beliau ke Malaysia dulu, “Masukkan Allah ke dalam hatimu!!”. Soalnya, masih punya waktukah saya untuk berbuat demikian kalau selama ini Dia entah di mana saya letakkan? Allahu Allah..

Beberapa waktu kemudian, alfagerah berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri dan berwudhuk. “Kalau benar ini malam terakhir, mudah-mudahan Allah menerima taubatku”. Keluar dari bilik air, bertembung dengan abang. Saya pun bertanya, “Angin kencang di luar?”. Jawapan abang, “Tak begitu kencang”. “Di dasarnya, Allahu a’lam”, sambung saya. Memang luar biasa keadaan hati saya saat itu memikirkan detik kematian itu, kalau ia tiba.

Selama ini, saya sering merasakan tidak ada apa-apa yang harus dibimbangkan dengan sebuah kematian kalau itu satu-satunya jalan untuk kembali dikumpulkan bersama Saiyyiduna Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam. Tapi ternyata, gementar itu tetap hadir. Debar itu hampir menyesakkan dada. “Mungkin begini rasa hati orang-orang yang malaikat maut sudah di muka pintu”. Allahu Allah..

Saat itu Allah ingatkan saya kepada Hizbul Bahr susunan Abu Hasan Syadzuli, Alhamdulillah.. Bahr bermaksud “Laut”. Hizib inilah yang al-Imam selalu berwasiat kepada anak-anak murid beliau supaya rajin dibaca dan diajarkan kepada anak-anak mereka kerana di dalamnya mengandungi al-Ismul A’dzom (Nama Yang Agung). Hizib ini diajarkan oleh Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam melalui mimpi sewaktu beliau berduka-cita di Laut Merah.

Subuh tadi bangun dengan debar di dada, “Ya Allah, masih hidupkah hamba?”. Iya, keadaan bilik saya masih serupa. Sejenak berfikir, mungkin ini rahsia Allah menyembunyikan detik kematian hamba-hambaNya. Agar mereka selalu bersiap sedia. Agar mereka tetap jujur dalam menyintaiNya. Bukan hanya di saat perlu, ingat Dia. Ighfirlana Ya Allaaaaaah..

Waktu makan tengahari tadi abang saya bercerita, rupa-rupanya sudah ada yang cuba menyelamatkan diri dengan memandu kereta masing-masing ke pusat bandar, bimbang Tsunami benar-benar terjadi. Tak kurang juga yang memenuhi stesen-stesen minyak untuk mengisi tangki minyak kenderaan sendiri. Belum dikira mereka yang 'mengilek' beg yang mungkin mengisi sekian banyak 'cash' selain dokumen-dokumen penting. Tetapi kalau detik kematian sudah tercatat di Luh Mahfuz, pastilah tiada satu ceruk pun yang boleh menyelamatkan kita daripada janji yang satu itu.

"Ya Ilahiy, kalau janjiMu itu telah tiba, hamba mohon Engkau matikan hamba dalam keadaan menyintai dan merindui pertemuan dengan KekasihMu Muhammad.. Sungguh hamba tak punya bekal walau sedikit pun melainkan cinta itu.. dan bukankah kami nanti akan Engkau kumpulkan bersama Siapa yang kami cinta..?" :'(

Tuesday, January 5, 2010

~Abiy Nur kembali, Sufian Nur mengganti~


Alhamdulillah, wa sholaatu wa salaamu ‘ala Rosulillah shollallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam.. SMS yang masuk ke handphone ana tadi pagi membawa khabar gembira lagi, Allahu Allah… Barangkali Allah Yang Maha Baik itu mau memujuk hati kita agar kita selalu mengatakan, “Na’am, kullu kher insyaAllah!!”. Selang seminggu setelah Abi Nur kembali ke Indonesia, Allah bakal menghantarkan pula adik beliau, Syeikh Sufian Nur untuk bersama kita di Malaysia. InsyaAllah, Masjid Al-Falah akan kembali meriah dengan kehadiran seorang lagi Al-Banjariy :)

Masih kuat dalam ingatan ana saat kali pertama memandang wajah beliau. Pada hari itu, Kuliah PAKSI Alor Setar di Menara Zakat penuh sesak dengan para pencinta Syeikh Nuruddin setelah hampir setahun kami terpisah daripada beliau. Kebetulan ana turun ke tingkat bawah dewan kuliah untuk telefon abah ana. Saat ana berpaling ke arah cermin, ana terpandangkan sosok seseorang yang seperti ana kenal, tapi bila diteliti, hati ana masih ragu. “Ya Allah, apa ana sudah melupakan wajah Syeikh Nuruddin, atau ana khilaf lagi. Beliau ini Syeikh Nur atau bukan..?”. Melihat sosok itu berjalan naik ke dewan kuliah bersama pengiring beliau, ana juga bersegera ke dewan yang sama melalui lift walau hati ana masih tertanya-tanya, “ Beliau ini siapa ya Allah..?”.

Ternyata, ramai yang menyambut beliau di pintu masuk dewan kuliah. Ana perasan, ada wajah ragu di kalangan jama’ah yang lain juga. Lalu beliau terus diiring ke ruang VIP di atas pentas. Ana berfikir lagi, “Benar beliau niy Syeikh Nur yang ana kenal dulu..?”. Lalu disabarkan hati. Akhirnya persoalan itu terjawab juga apabila pengerusi majlis memperkenalkan beliau itu adiknya guru kami, beliau lah Syeikh Sufian Nur, Allahu Robbiy.. Nah, pantaslah wajah beliau punya iras Abi Nur! Adik beliau rupanya :) Walau kehadiran Syeikh Nur yang dinanti, tapi Syeikh memilih untuk menghantarkan adik beliau sebagai ganti, semata-mata kerna beliau tak sampai hati menolak hajat jama’ah PAKSI Sungai Petani yang telah menghantarkan sendiri wakil mereka untuk menjemput Syeikh ke sana.

Hampir semua cerita tentang Syeikh Sufian Nur masih tersimpan di dalam memori, Alhamdulillah. Antaranya, cerita dari Syeikh Fahmi Zamzam. Berbetulan ziyarah Syeikh Nur dan keluarga pada tahun itu jatuh dalam bulan Ramadhan. Kerna Syeikh Sufian seorang Hafizu-l Quran, Maahad Derang meminta beliau mengimamkan solat tarawih selama mereka di sana. Dan sudah menjadi kebiasaan di Maahad Derang, mereka akan mengkhatamkan satu juzuk Al-Quran dalam solat tarawih pada setiap malam Ramadhan di sana. Sampai pada satu ayat yang mungkin Syeikh Sufian khilaf, tanpa disangka, anak beliau yang ketika itu masih berumur 7 tahun yang menyambungkan bacaan Abiynya, Allahu Allah..

Lalu Syeikh Fahmi katakan: “Maka kita tu tak punya alasan lagi. Kita sering mengatakan yang Imam Syafi’e bisa selesai hafal Quran pada umur 6 tahun kerna pada zaman beliau tak ada TV, dan sebagainya. Nah, ternyata contoh yang satu ini membuktikan generasi ini masih mampu melahirkan huffaz pada usia muda seperti puteranya Syeikh Sufian Nur". Allahu Robbiy..


Biografi ringkas Syeikh Sufian Nur:

Beliau adalah Sufian Nur bin Marbu bin Abdullah al-Banjariy al-Makkiy. Adik kepada al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjariy al-Makkiy. Dibawa keluarga beliau berhijrah ke Makkah ketika beliau berusia 5 tahun. Mendapat pendidikan awal di Makkah. Ketika berusia 14 tahun beliau telah menghafaz al-Quran. Dalam usia 16 tahun beliau sudah mula mengajar dan menjadi imam di beberapa buah masjid di sekitar Makkah. Pernah berkhidmat kepada Musnid ad-Dunya al-'Allamah Syeikh Muhammad Yasin bin Isa al-Fadaniy al-Makkiy selama 2 tahun.

Selain mendapat pendidikan di Makkah, beliau juga mendapat pendidikan di Mesir dan juga di Hadramaut, Yaman. Kini beliau masih lagi berguru kepada al-'Allamah al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidh ibn Syaikh Abu Bakar bin Salim.

Beliau juga adalah seorang yang mahir di dalam pembacaan qiraat yang 7. Seorang ahli 'ibadah yang tawaddhu. Kini beliau mengendali sebanyak 15 buah pesantren di Indonesia yang jumlah pelajarnya hampir seribu orang. Beliau juga adalah seorang yang memiliki sanad ilmu dan juga sanad al-Quran. Selain dari berdakwah dan mendidik, beliau juga ada menulis, antaranya kitab bertajuk Fath al-Haadi al-Raqiib fi Adillah Fath al-Qoriib al-Mujiib.


Semua dijemput hadir ke:

Majlis Bersama Syeikh Suffian Nur Marbu al-Banjariy al-Makkiy

Tarikh: 21 Muharram 1431/7 Jan 2010 (Khamis)
Masa: Selepas Maghrib
Program: Ceramah Umum
Lokasi: Masjid al-Falah USJ 9, Subang Jaya, Selangor

Tarikh: 22 Muharram 1431/8 Jan 2010 (Juma'at)
Masa: 10.30 pagi
Program: Kuliah Dhuha Bersama Muslimat
Lokasi: Masjid al-Falah USJ 9, Subang Jaya, Selangor

Masa: Selepas Isyak
Program: Kuliah Isyak
Lokasi: Pusat Pengajian Ba'alawi, No.9, Jalan UP2A, Prima Ukay, Kemensah (belakang Zoo Negara)

Tarikh: 24 Muharram 1431/10 Jan 2010 (Sabtu)
Masa: Selepas Maghrib
Program: Kuliah Maghrib
Lokasi: Masjid Negeri (Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah), Shah Alam, Selangor

Masa: 3.30 pagi
Program: Qiyamullail
Lokasi: Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM, Gombak, Selangor

( sumber: http://al-fanshuri.blogspot.com/ )

Take note: Kalau kita merasakan Abi Nur itu seorang yang tegas, maka bersiap-sedialah kerna adik beliau lebih tegas lagi ^_^ Ana yang fager pernah mendengar beberapa cerita yang menunjukkan ketegasan beliau, Allahu Allah.. Dengarnya, beliau juga selalu debat dengan abang beliau terutama dalam masalah figih kerna kedua-dua mereka ‘alim MasyaAllah..

~Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum~