Saturday, March 21, 2009

Surat Cinta buat Kak Ikin


Beliaulah zuriat keturunan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam pertama yang cintamuhammad cinta. Kami pertama kali ta’aruf di Masjid Al-Falah, USJ 9 walaupun dah beberapa kali cintamuhammad perasan akan kehadiran beliau di bumi universiti yang sama. Cintamuhammad pernah melihat beliau di dewan solat muslimat Masjid UIA sebanyak dua atau tiga kali dan kemudian bertembung lagi di tangga besar UIA.


Ketika kami berkenalan beliau telah berjaya buat cintamuhammad ketawa dengan bakat humornya. Kami begitu cepat mesra dek kerana sifat ramah-tamah beliau. Daripada keperibadian dan keilmuan beliau cintamuhammad mula mengenal keistimewaan seorang insan yang membawa darah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam dalam tubuh mereka. Kami banyak berbincang tentang ilmu kerana beliau seorang ahli ilmu. Beliaulah guru pertama daripada kalangan Ahl Bait yang memperkenalkan ilmu nasab zuriat keturunan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam secara detail kepada cintamuhammad.


Mungkin disebabkan kami punya interest yang hampir sama, kami menjadi semakin rapat. Pernah beberapa kali kami berselisih tapi beliau kerap mengalah, minta maaf walaupun cintamuhammad yang khilaf. Sifat beliau sering membuatkan cintamuhammad sebak sendiri. Sungguh cintamuhammad sangat menghargai kehadiran beliau dalam hidup cintamuhammad.


Terus-terang, sudah hampir luput keluh-kesah kepada Allah sejak cintamuhammad mula mengenal Islam, mula menghargai nikmat Iman yang Allah anugerahkan, nikmat mengenal Nabi agung, Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam, dan nikmat diperkenalkan kepada iitrah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam, itrah yang seorang ini terutamanya. Sungguh, terlalu murah hidup yang begini singkat untuk diisi dengan keluh-kesah yang berpanjangan. Justeru, beruntunglah orang yang mensyukurinya dan memanfaatkannya dengan amalan yang terpuji.


Dengan syafaat beliau, cintamuhammad diperkenalkan dengan lebih ramai itrah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam yang lain. Sesungguhnya, beliaulah pemula segalanya yang berkaitan ahl bait Nabiy sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam dalam hidup cintamuhammad.


Cintamuhammad juga seolah-olah kenal rapat dengan keluarga beliau walau belum pernah berjumpa. Cintamuhammad seolah-olah kenal akan karakternya ayahanda beliau, Tuan Syed Abd Kadir ben Yahya, bonda beliau sidti Syarifatunnisa, adik-adik beliau, sidti Syarifah Hafizah (kak ijo), sidi Syed Abdul Mutalib, sidi Syed Salman, sidti Syarifah Khadijah, sidti Syarifah Hidayah, sidi Syed Ahmad Nasarudin, dan juga anak-anak saudara beliau sidi Syed Ahmad Ra’id dan sidti Syarifah Ilham Damia.


Tapi, mendapat khabar penyakit 'Steven Johnson Syndrome' yang beliau hidapi membuatkan hati cintamuhammad selalu mendung dan berkabus dengan kesedihan. Ingin sekali segera terbang ke Hospital Kuala Terengganu untuk melihat sendiri keadaan beliau yang terlantar. Tapi disebabkan cintamuhammad punya final exam skill pada hari sabtu lepas, niat itu terpaksa ditangguhkan. Mudah-mudahan Allah menyampaikan salam sejahtera cintamuhammad buat beliau yang cintamuhammad cinta kerana Allah, juga kerana Datuk beliau yang mulia, Baginda Nabi sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam. Jam 10.20 malam hari yang sama cintamuhammad naik bas bersama ummulbarakah untuk pergi melihat sendiri keadaan beliau Alhamdulillah.


Doa cintamuhammad, mudah-mudahan beliau akan diselimuti burdah yang akan menyembuhkan segala kesakitan dan derita beliau oleh Datuk beliau sendiri, Baginda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam. Pastinya itulah hadiah yang paling berharga dalam hidup beliau. Sungguh, cintamuhammad sangat terhutang budi akan segala budi baik, doa dan nasihat-nasihat berharga daripada beliau.


Wahai Tuhan yang menghadiahkan cinta dalam hati hamba-hambaMU, persaksikanlah bahawa sesungguhnya hamba cinta kepada itrah KekasihMU yang satu ini, sidti Syarifah Fatimah bt Syed Abdul Kadir Al-Yahya. Pastinya syafaat mereka akan hamba tagih nanti Ya Allah. Lebih lagi, syafaat Datuk mereka yang agung, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam.


“Allahumma sholli wa sallem wa baarik ‘alaihi wa ‘ala aaleh wa ashhabeh…”

6 comments:

  1. baru ari2 ternampak kak ikin..doa tuk kak ikin moga dier cepat semboh..insyaALLAH

    ReplyDelete
  2. betul kak moonie, kak ikin sakit tiba-tiba. sama-sama kita doakan ye kak, insyaAllah. syukran atas ingatannya..

    ReplyDelete
  3. Kita sama2 doakan ye Bib!!!

    ReplyDelete
  4. kher bib, insyaAllah... mudah2an Allah permudahkan perjalanan kita ke Kuala Terengganu dis weekend, amen.

    ReplyDelete
  5. Abu Ahmad.... Saya kenal Syarifah fatimah ini, rasanya bekas ana murid saya di DQ dahulu, a'la kulli hal saya doakan semoga beliau sembuh dari penyakit yang di hidapinya dan kalau kesempatan ingin saya kirimkan Assalamualaikum kami seklaurga kepada beliau dan keluarga beliau.

    ReplyDelete
  6. @ ustaz Abu Ahmad: ahlan ustaz! alf afwan alfagerah baru hadir.. dgn berkah doa ustaz semua beliau udah kher Alhamdulillaaaahh, wa syukruliLlaahh, wa sholaatu wa salaamu 'ala RosuliLlah shollallahu 'alaihi wa aalihi wa shohbihi wa sallam..

    da'watik ustaz.. syukran

    ReplyDelete